Kamera Terpakai

Soalan:

 

From: "wan anuar" <:anuar pc@hotmail.com>To: raai@my-malaysia.com Subject: ingin bertanya pasal kamera..Date: Tue, 18 Jan 2000 09:01:05 GMT

Assalamualaikum encik..

Saya salah seorang daripada pelajar Universiti Multimedia.

Saya ingin membeli kamera SLR untuk kegunaan proses pembelajaran saya.

Saya ingin bertanya kepada encik sekiranya encik ingin menjual sebarang kamera SLR terpakai yang sesuai dengan harga yang paling berpatutan.

Saya telah membuat survey di pasaran, dan saya dapati kamera SLR yg baru agak mahal.

Sekiranya encik mempunyai sebarang cadangan kepada saya atau tunjuk ajar,

Saya ucapkan dengan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Jawapan:

Assalamualaikum Saudara Wan Anuar, terima kasih kerana email kepada saya.

Masalah yang saudara kemukakan adalah soalan yang sering diajukan kepada saya oleh peminat senifoto. Secara peribadi saya ingin mengatakan agak susah untuk mendapatkan kamera terpakai kerana ramai dikalangan pencinta senifoto menjadikan kamera lamanya sebagai pesaka atau koleksi peribadi.

Namun jika ingin dapatkan kamera SLR pada kadar yang murah saudara bolehlah mencuba kamera SLR berjenama Minolta, Yashica, Fujica. Saudara boleh gunakan lens yang berjenama tidak sama seperti Tamron. Sila rujuk ke kedai-kedai pembekal kamera yang ternama disekitar Kuala Lumpur di sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.